Wednesday, December 16, 2009

Jamuan Makan Malam Krismas 2009


Kenyataan Media Oleh DAPSY Selangor di Petaling Jaya pada hari Rabu, 16hb Disember 2009

DAPSY Selangor akan mengadakan suatu Jamuan Jejaring Makan Malam bersama-sama ahli wakil rakyat pemuda, sempena sambutan Krismas 2009. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk jejaring dan berkenalan dengan pemuda-pemudi serta menarik perhatian generasi muda sekarang terhadap bidang politik yang masih disegani oleh ramai pemuda-pemudi.

Oleh yang demikian, kami dengan sukacita menjemput saudara-saudari sekalian untuk jamuan makan malam bersama kami, dan mengambil peluang untuk berkenalan dan berinteraksi dengan Ketua Pengerusi DAPSY Kebangsaan, YB Anthony Loke Siew Fook, Naib Pengerusi Wanita Kebangsaan, YB Jenice Lee Ying Ha dan ahli-ahli wakil rakyat profesional yang lain. Jamuan ini dibuka kepada semua ahli professional, khasnya generasi muda di bawah umur 40 dan butir lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh: 19hb Disember 2009 (Sabtu)
Masa: 7 pm
Tempat: Restoran Chef & Brew (Halal), Plaza Damansara, Medan Setia 2, Bukit Damansara, Kuala Lumpur .
Kod Pakaian: Kasual

Kami menempah duduk untuk 40 para jemputan sahaja dan tempahan adalah secara "Datang Dahulu, Layan Dahulu”. Harga jamuan dianggarkan RM35++ perseorangan (anggaran harga untuk 3 set makan, tidak termasuk minuman).

Silalah RSVP sebelum 3.00 petang pada 19hb Disember 2009 dengan emel kepada radiantash@yahoo.com atau telefon 019-316 7027, dan berikan penerangan ringkas tentang (pekerjaan, pendidikan, umur dan cita-cita politik anda) untuk memberikan peluang kepada kami memperkenalkan anda kepada para hadirin semasa sesi kenalan tersebut.


Terima kasih.


B/p DAPSY Selangor
Ashvin Raj
Ahli Jawatankuasa
019-316 7027
Emel: radiantash@yahoo.com

No comments: