Monday, August 25, 2008

Two issues facing the nation - religion and race


A brief report of the speech I made at the DAP National Congress at Crown Princess Hotel on 24 August 2008...(as reported in Mkini)

--------------------------------------------

Wakil DAP gesa PKR, PAS ambil tindakan
Jimadie Shah Othman | Aug 24, 08 5:07pm

PAS dan PKR diminta mengambil tindakan disiplin terhadap ahli-ahli mereka yang terlibat menghentikan forum “Memeluk Islam” anjuran Majlis Peguam yang mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.

Isu kontroversi itu muncul dalam ucapan perbahasan seorang perwakilan DAP yang menyambung perbahasan laporan setiausaha agung yang dibentangkan Lim Guan Eng semalam.

Perwakilan Bandar Lama Petaling Jaya, Ashwin Raj menyatakan kebimbangan terhadap tindakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam, Pemuda PAS dan ahli parlimen PKR Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Baharu) yang terlibat menentang forum itu yang berlangsung awal bulan ini.

"Alasan bahawa forum itu anti Islam tidak berasas. Selama 50 tahun, Majlis Peguam mempunyai ahli daripada pelbagai kaum dan daripada semua agama. Ini berpunca daripada unsur-unsur ekstremisme yang tidak faham bahawa Malaysia merupakan sebuah negara sekular," katanya.

"Kita (DAP) harus mendesak rakan dalam Pakatan PAS dan PKR supaya mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat," kata Ashwin.

Beliau turut membangkitkan cadangan menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka ruang 10 peratus kepada pelajar bukan bumiputera.

Bandar Baru Petaling Jaya turut mengkritik Umno kerana menentang cadangan itu dan melabelkan parti itu sebagai "parti ekstrimis."

"Apa yang dikemukan hanya cadangan sahaja, hanya 10 peratus sahaja,” katanya.

Mempersoalan pengmalan di UiTM itu, beliau berkata:

"Saya tidak dikenali di negara kelahiran saya. Adakah ini menunjukkan golongan bukan bumiputera merupakan rakyat asing?" katanya.

No comments: